Wednesday, 2 September 2015

Amalan Guru Penyayang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Amalan Guru Penyayang di SMK USJ 4 diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya Sambutan Merdeka Muhibbah sesi petang. Para guru bertungkus-lumus membuat persiapan bagi meraikan para pelajar dalam majlis ini. Para guru ada yang memasak rendang ayam, lemang, ketupat dan pelbagai jenis kuih-muih yang enak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan pakaian tradisional, persembahan menyanyi dan menari, sambutan Hari Jadi bulan Ogos, sesi bergambar, sesi memberi ucapan dan jamuan makan. Ternyata para pelajar dan guru sangat terhibur dan gembira. Majlis ini meriah sekali dan harus diteruskan untuk masa akan datang!














Sekian..


No comments: