Wednesday, 6 August 2014

PRS dan Kelab Kaunseling & Kerjaya 2014


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS), SMK USJ4

Sepanjang tahun 2014 ahli PRS telah banyak menjalankan aktiviti diperingkat sekolah. Antaranya ialah menjadi pembantu dalam Hari Informasi Kerjaya 2014 pada 11 Mac 2014, membantu guru pada Hari Pengisytharan SPM 2013 dan menyertai Kem PRS di SMK USJ 4, dan menyertai jualan Hari keusahawanan SMK USJ4.  Syabas dan tahniah diucapkan.


Berikut adalah gambar kenangan ahli PRS 2014 bagi Sesi Pagi.

Guru Penasihat Sesi pagi : Cik Sabariah
Guru Penasihat Sesi Petang : Pn Norsalbiah

Pengerusi PRS : Mohd Aiman bin Mohd Mokhtar






KELAB KAUNSELING & KEKRJAYA, SMK USJ4

Sepanjang tahun 2014 ini juga Kelab Kaunseling dan Kerjaya telah bergerak aktif. Perjumpaan kelab dibuat setiap dua minggu sekali. Ahli kelab telah diberi pendedahan tentang peranan mereka sebagai ahli Kelab Kaunseling & Kerjaya. Aktiviti berkumpulan turut diadakan bagi merangsang minda dan komunikasi mereka. Selain itu, mereka turut diberi tugasan untuk membuat folio berkaitan tentang kerjaya yang mereka minati.

Berikut ialah gambar kenangan ahli Kelab Kaunseling & Kerjaya 2014 bagi Sesi Pagi.

Guru Penasihat Sesi Pagi : Pn Nordzarifah & Pn Normaizatul Farahin
Guru Penasihat Sesi Petang : Pn Norsalbiah

Pengerusi Kelab : Raja Arif bin Raja Ayub




Segala penambahbaikan dalam organisasi Lembaga PRS dan Kelab Kaunseling & Kerjaya akan dibuat demi kecemerlangan pelajar dan Unit Kokurikulum sekolah.


Tuesday, 15 July 2014

Blog baru

Assalamualaikum..

Selamat datang ke Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SMK USJ 4, Subang Jaya.
Blog ini masih baru. Perlukan masa untuk penambahbaikan. Harap selepas ini blog ini akan memberi pelbagai maklumat dan perkongsian kepada anda semua.

Selamat Membaca..!